Suami isteri cemas MPV hangus terbakar

Iklan
MPV terbakar di lorong kecemasan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran Jitra, pagi Isnin. Foto bomba

JITRA - Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki terbakar di lorong kecemasan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran Jitra, pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.51 pagi itu, pasangan berkenaan sempat keluar dari kenderaan sebelum api marak dan memusnahkan hampir 70 peratus MPV tersebut.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Azhar Tajudin, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 sebelum mengarahkan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS) ke lokasi kejadian.

"Sebaik pasukan tiba di lokasi pada jam 10.55 pagi, didapati kebakaran melibatkan sebuah MPV jenis Toyota Alphard yang dinaiki pasangan suami isteri dalam perjalanan dari arah utara dan anggaran kemusnahan sebanyak 70 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Menurutnya, operasi pemadaman berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 11.03 pagi.

Iklan