ALOR SETAR - Empat premis perniagaan berhampiran sebuah restoran makanan segera di Jalan Changlun, Jitra musnah dalam kebakaran malam tadi.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Abd Fataf Amdan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.13 malam sebelum tiba di lokasi tiga minit kemudian.