Biar MKT UMNO buat keputusan - Veteran UMNO
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin mengenai tempoh Perdana Menteri dihadkan 10 tahun. Gambar kecil: Mustapha
SHAH ALAM - Veteran UMNO menyerahkan kepada barisan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk membincangkan permohonan DAP supaya kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan dalam konteks mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakob berkata, ini kerana sebarang ketetapan parti perlu melalui proses yang sepatutnya.
Iklan
Iklan
"Kalau dilihat cadangan ini merupakan manifesto Pakatan Harapan (PH) ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini. Kalau sebut tentang janji ia perlu dilaksanakan tapi dalam skop ini UMNO perlu berbincang terlebih dahulu.
"Jadi, kita serahkan kepada MKT untuk buat ketetapan kerana apabila pinda perlembagaan ini ia tidak lagi boleh dikembalikan dan kena patuhi tempoh dua penggal atau 10 tahun sahaja menjawat jawatan Perdana Menteri,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Iklan
Bagaimanapun, Mustapha secara peribadi bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh DAP tersebut ketika Kongres Kebangsaan DAP ke-18 pada Ahad.
Katanya, dengan adanya had tempoh untuk seseorang memegang jawatan pemimpin nombor satu negara itu akan memberi banyak kesan positif terutamanya bagi mengelak berlaku salah guna kuasa.
Iklan
"Bagi saya, itu satu cadangan yang baik dan boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan. Tapi jika perkara ini dipinda kita harap bukan sahaja melibatkan jawatan Perdana Menteri tetapi turut membabitkan menteri dalam Kabinet.
"Tidak dinafikan jika terlalu lama memegang jawatan penting ini boleh mendedahkan kepada risiko salah guna kuasa dan sebagainya. Jadi, ini satu usaha yang baik,” katanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.