Pemakanan cerminan tamadun
Iklan
Makanan menjadi tunjang ketamadunan yang diciptanya. Gambar hiasan
SIAPA sangka, pertengkaran dua pemuda dalam sebuah pesta di Buñol Sepanyol pada 1945 mencetuskan fenomena yang diraikan ramai hari ini. Katanya, ketika pertengkaran berlaku, dua pemuda dalam keadaan marah itu telah mengambil tomato dari gerai berdekatan dan membaling ke arah satu sama lain.
Perbuatan itu seolah-olah berjangkit apabila orang ramai juga mula berbuat hal sama. Tahun seterusnya, orang ramai kembali ke tapak itu untuk mengulang perbuatan sama, bukan kerana pergaduhan tetapi kerana ia menyeronokkan.