Penunggang motosikal maut langgar lembu

Iklan
Penunggang motosikal maut selepas melanggar seekor lembu di Kilometer 6 Jalan Jerantut-Maran dekat Batu 58 pada Ahad. Foto ihsan PDRM

JERANTUT - Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar seekor lembu di Kilometer (KM) 6 Jalan Jerantut-Maran dekat Batu 58 di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 pagi, mangsa, Wan Taufik Haikal, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dalam perjalanan dari Maran menghala ke bandar Jerantut.

"Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa melanggar seekor lembu yang melintas jalan.

Iklan

"Akibat pelanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, mangsa dibawa ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Iklan