Pembelian tiket bas sempena perayaan Aidilfitri

Iklan
Orang ramai dilihat mula melakukan pembelian tiket perkhidmatan pengangkutan awam lebih awal untuk ke kampung halaman di Hentian Bas Terminal One, hari ini.

Tiket bas ekspres dari Seremban ke destinasi utama Pantai Timur habis terjual 80 peratus sejak minggu lepas bersempena perayaan Aidilfitri kali ini.

Tinjauan Bernama di Terminal One di sini mendapati tiket laris terjual adalah ke Kuala Terengganu dan Kelantan berbeza dengan jualan tiket ke utara yang masih ada belum terjual.