Lelaki pukul pelajar kerana selisih faham di jalan raya dibebas dengan jaminan polis

Iklan
Seorang lelaki yang direman kes pukul pelajar sekolah kerana salah faham di jalan raya berhampiran Saujana Impian, Kajang pada Jumaat dibebaskan dengan ikat jamin polis.

KAJANG - Seorang lelaki yang bertindak memukul seorang pemandu yang merupakan pelajar sekolah akibat salah faham di jalan raya berhampiran Saujana Impian, di sini, dibebas dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, suspek berusia 39 tahun sebelum itu telah direman sehari pada Sabtu.

Iklan
Iklan

"Selepas remannya tamat, suspek dibebaskan dengan jaminan polis.

"Polis juga sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Pada Jumaat, seorang pelajar Tingkatan Lima cedera selepas ditumbuk oleh seorang lelaki tidak dikenali akibat salah faham di persimpangan jalan berhampiran Saujana Impian, Kajang.

Polis menerima laporan dibuat mangsa berusia 17 tahun itu pada jam 9.24 malam sebelum penahanan suspek pada hari yang sama.

Iklan

Kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu menyebabkan mangsa yang mengalami retak tulang batang hidung menerima rawatan di Hospital Kajang.

Siasatan awal mendapati mangsa tidak memiliki lesen memandu dan pihak polis telah mengeluarkan saman berhubung kesalahan itu.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.