Anwar betul tapi...
Iklan
Anwar
PENGUMUMAN kerajaan untuk menggunakan syarikat milik Menteri Kewangan Yang Diperbadankan, Malaysia Development Holdings Sdn Bhd (MDH) bagi ‘melabur’ atau memberi pinjaman RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Bhd (SEB) telah mencetuskan api perdebatan yang boleh memberi beban tambahan kepada kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikritik dari pelbagai pihak dari blok pembangkang dan segelintir ahli Parlimen blok kerajaan. Kritikan ini mudah difahami kerana Anwar merupakan antara pemimpin politik yang sebelum ini sering mengkritik tindakan kerajaan melakukan tindakan menyelamat (bailout) syarikat besar yang berhadapan masalah.