Hannah kecewa, gesa pemain tersingkir awal di All England kembali bangkit
Iklan
Hannah hadir berucap pada Majlis Berbuka Puasa Persekutuan Lawn Bowls Malaysia di Bukit Kiara di Kuala Lumpur pada Sabtu.
PARA pemain badminton negara perlu melakukan persediaan lebih awal sebelum bertanding, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, selepas cabaran Malaysia dalam saingan All England berakhir di peringkat suku akhir.
Hannah yang kecewa dengan keputusan itu berkata, sukan badminton semakin kompetitif yang menyaksikan persaingan antara negara kian sengit malah pemain berstatus ranking tertinggi dunia juga tersingkir di pusingan awal.
Iklan
Iklan
"Jadi saya rasa atlet badminton kita tidak boleh take for granted, tidak boleh berada dalam zon selesa, kena berlatih lebih kuat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) di Arena Lawn Bowls Bukit Kiara di Kuala Lumpur malam ini.
Cabaran Malaysia dalam kejohanan itu berakhir selepas dua wakil terakhir negara iaitu beregu wanita Pearly Tan-M.Thinaah dan beregu campuran profesional Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie masing-masing tersingkir di peringkat suku akhir, semalam.
Iklan
Rabu lepas, pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik, antara yang tersingkir seawal pusingan pertama.
Kali terakhir wakil Malaysia menjuarai kejohanan itu adalah pada 2021 apabila Zii Jia menewaskan Viktor Axelsen dari Denmark dalam perlawanan akhir.
Iklan
Tahun ini menyaksikan kali pertama sejak 2018 tiada wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir. - Bernama
TAG: sukan, badminton, Hannah Yeoh, All England
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>