Sultan Nazrin terima serahan zakat MAIPk lebih RM3 juta

Iklan
Sultan Nazrin berkenan menerima serahan zakat perniagaan daripada empat buah syarikat korporat serta individu berjumlah RM3.25 juta kepada MAIPk di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar pada Sabtu.

KUALA KANGSAR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan daripada empat buah syarikat korporat serta individu berjumlah RM3.25 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Iskandariah di sini pada Sabtu.

Majlis penyerahan zakat berkenaan disempurnakan pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Media, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Sektor Korporat, Swasta, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Belia.

Iklan
Iklan

Berangkat sama pada majlis tersebut, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman Md Salleh berkata, penyerahan zakat perniagaan tersebut didahului dengan Boustead Plantations Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Kewangan, Nina Wirasatria Md Husni berjumlah RM250,676.

Iklan

Menurutnya, syarikat seterusnya Empayar Indera Sdn Bhd diwakili oleh Pengurus Besar, Datuk Hasrin Abdul Rahman dengan jumlah zakat bernilai RM200,000.

Perbadanan Aset Keretapi yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azhar Ahmad turut menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM200,000.

Iklan

Penyerahan zakat terakhir oleh Public Islamic Bank Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syamsul Azuan Ahmad Fauzi dengan jumlah RM200,000.

Sementara itu turut disempurnakan penyerahan zakat pendapatan individu Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal diwakili yang oleh Syed Amir Nidzamuddin Syed Abu Hussin berjumlah RM2.4 juta.

Majlis penyerahan zakat berkenaan seterusnya disusuli dengan majlis iftar bersama jemputan dalam kalangan pengamal media, NGO, sektor korporat, swasta, GLC dan belia.

Majlis turut disaksikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd Annuar Zaini dan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Hadir sama, Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli.