TIKET final Piala Malaysia 2024/25 antara Sri Pahang FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 12 April depan akan mula dijual pada 19 Mac ini, jam 3 petang.
Dalam hantaran di Facebook, Sri Pahang FC pada Sabtu memaklumkan bahawa tiket hanya dijual secara dalam talian di tickethotline, dan tiada jualan tiket fizikal.
Iklan
Iklan
"Harga sudah termasuk caj tambahan dengan setiap transaksi terhad kepada empat keping tiket," jelas kenyataan itu.
Menerusi hantaran tersebut, empat kategori tiket ditawarkan, iaitu RM54.59, RM75.19, RM157.59 dan RM209.09.
Perlawanan akhir dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 12 April depan.
Kali terakhir Tok Gajah menjulang Piala Malaysia adalah pada tahun 2014.
Skuad kendalian Fandi Ahmad itu mara ke final selepas menundukkan Sabah dengan agregat 3-2.