PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat tangan kepada para petugas media selepas lebih tiga jam direkod keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Jumaat.
Ismail Sabri yang menaiki kenderaan jenis Audi berwarna hitam itu keluar kira-kira jam 12.30 tengah hari sambil diiringi kenderaan polis.