Dewan Negara lulus usul Menjunjung Kasih Titah Diraja

Iklan
Dewan Negara hari ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

KUALA LUMPUR - Dewan Negara hari ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Usul itu diluluskan majoriti ahli Dewan Negara yang bersetuju berbanding tidak bersetuju setelah ia dibahaskan selama lima hari mulai 3 Mac lepas, disusuli dengan sesi penggulungan oleh 28 kementerian terlibat.

Iklan
Iklan

Antara isu yang dibangkitkan semasa sesi perbahasan adalah berkaitan perpaduan, sekolah vernakular, kecederdasan buatan (AI), Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta beras campur.

Pada 3 Februari lepas, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15.

Iklan

Mengikut takwim Dewan Negara, persidangan akan diteruskan dengan pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024, dan kemudian disusuli sesi perbahasan.

Persidangan Dewan Negara bersambung Rabu (19 Mac). - Bernama

Iklan