45 kanopi Bazar Aidilfitri Jalan TAR diterbangkan angin kencang

Iklan
DBKL menggunakan kanopi simpanan selepas Bazar Aidilfitri Jalan TAR di Kuala Lumpur dilanda ribut dan hujan lebat yang menerbangkan 45 kanopi.

KUALA LUMPUR – Suasana di Bazar Aidilfitri Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini bertukar kecoh ketika ribut dan hujan lebat melanda apabila 45 kanopi tercabut dan diterbangkan angin.

Kejadian ini mencetuskan panik dalam kalangan peniaga dan pengunjung, dengan beberapa rakaman video tular di media sosial menunjukkan kanopi melayang ke udara sebelum terhempas ke jalan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun tiada kecederaan serius dilaporkan, kecuali kerosakan ke atas barang jualan dan peralatan peniaga di bazar Aidilfitri berkenaan.

Langkah pemulihan segera dilakukan DBKL bagi memastikan peniaga dapat kembali beroperasi seperti biasa.

Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak pantas dengan melaksanakan kerja-kerja penggantian segera menggunakan kanopi simpanan yang disediakan oleh pihak penaja.

Iklan

Langkah pemulihan segera turut dilakukan bagi memastikan peniaga dapat kembali beroperasi seperti biasa tanpa menjejaskan kelangsungan bazar yang menjadi tumpuan orang ramai menjelang Aidilfitri ini.

Dalam kenyataan rasmi, DBKL memberi jaminan bahawa pemantauan dan penambahbaikan akan dilakukan untuk mengelakkan insiden serupa berulang, lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.

Iklan

Dalam masa sama, pihak berkuasa tempatan itu turut mengingatkan peniaga dan pengunjung agar sentiasa berwaspada serta mematuhi langkah keselamatan di kawasan bazar bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.