Ibu kandung Muhammad Hadad dicari

Iklan
Ibu kandung kanak-kanak ini dikenali sebagai Mellyza, dan tidak dapat untuk dihubungi sehingga kini.

SHAH ALAM – Sepasang ibu bapa angkat sedang mencari ibu kandung kepada seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Hadad Al Farouaq yang telah mereka pelihara sejak lahir pada 18 Januari 2020.

ibu angkat kepada kanak-kanak tersebut, Noor Shazliana Ahmad berkata, mereka menerima Muhammad Hadad sebagai anak angkat selepas kelahirannya di Klinik Pakar Wanita & Bersalin Subang Permai, Shah Alam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ibu kandung kanak-kanak itu dikenali sebagai Mellyza, namun hubungan dengan wanita tersebut telah terputus sejak beberapa tahun lalu.

"Kami amat berharap dapat mengesan ibu kandung Muhammad Hadad bagi tujuan dokumentasi dan pendaftaran rasmi. Sehingga kini, kami tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaannya,” katanya.

Iklan

Sijil kelahiran kanak-kanak itu dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya, dan pihak ibu bapa angkat ingin memastikan segala dokumen berkaitan diselesaikan mengikut undang-undang yang ditetapkan.

"Kami bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kebajikan Muhammad Hadad, namun amat berharap ibu kandungnya dapat tampil untuk menyelesaikan proses yang diperlukan,” tambahnya lagi.

Iklan

Mereka merayu agar Mellyza atau sesiapa yang mengenali wanita tersebut untuk menghubungi mereka atau pihak berkuasa bagi membantu menyelesaikan urusan pendaftaran anak angkat ini.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pihak berwajib atau menghubungi Noor Shazliana di talian 014 7136697.