Pelabur asing dibenar masuk Malaysia selama 6 bulan guna Pas Pelabur

Iklan
Permohonan boleh dibuat menerusi https://xpatsgateway.com.my/. Gambar kecil: Saifuddin Nasution

PUTRAJAYA - Pelabur asing dibenar masuk ke Malaysia selama enam bulan menerusi Pas Pelabur yang akan dilaksanakan pada 1 April depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kemudahan itu boleh dilanjutkan sehingga enam bulan lagi tertakluk kepada keperluan pemohon.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kemudahan 'multiple-entry visa' (MEV) turut akan diberikan kepada pemegang pas tersebut.

"Ini adalah satu inisiatif penambahbaikan yang mana sebelum ini tiada pas khusus diberikan kepada pelabur asing dan mereka hanya diberikan Pas Lawatan Sosial dengan tempoh mengikut kelayakan negara iaitu selama 14 sehingga 90 hari," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Jelas beliau, kemudahan itu diperkenalkan bagi memudahkan urusan pelabur asing terutamanya yang telah memberikan komitmen untuk membuat pelaburan di Malaysia menerusi agensi-agensi pelaburan.

Sebelum ini, Saifuddin memaklumkan pelaksanaan Pas Pelabur akan dikeluarkan melalui kaedah 'single window' bagi memudahkan kemasukan golongan tersebut dengan proses pengeluaran dilakukan secara elektronik.

Iklan

Permohonan boleh dibuat menerusi https://xpatsgateway.com.my/.