Janji hijau yang memperdaya
Iklan
Banyak kajian menunjukkan, semakin tinggi kesedaran seseorang terhadap isu alam sekitar, semakin cenderunglah dia memilih produk hijau. Gambar hiasan 123RF
SEBOTOL sabun pencuci pinggan, sekilo tomato atau sepasang baju boleh menjadi berlipat kali ganda harganya hanya kerana satu label ‘mesra alam’, ‘hijau’, atau ‘100 peratus semula jadi’ yang terpampang megah di bungkusan.
Bukan kerana sabun itu lebih bersih cuciannya, bukan kerana tomato itu lebih manis, bukan juga kerana baju itu lebih cantik di badan, tetapi kerana kata mereka dari awal pembuatan hingga ke saat produk itu dibuang, impaknya terhadap alam lebih rendah berbanding produk yang tiada label ‘hijau’.