Kita perlu lebih ramai penulis
Iklan
Jumlah penulis kita tidak ramai berdasarkan jumlah buku yang terbit di negara ini. Gambar hiasan 123RF
SEJAK menamatkan perkhidmatan di Malakat Mall, saya tidak merancang untuk mencari kerja yang bermajikan. Ada juga teman-teman mengajak saya menyertai team perniagaan dan pemasaran, namun saya berasakan itu semua sudah saya lalui. Saya cuma mahu bersara bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Tetapi saya mahu mula bekerja dari 9 pagi hingga 12 tengah malam sebagai seorang penulis.
14 tahun lalu, setelah meninggalkan penerbitan Alaf 21 sebagai Pengurus Besar, saya menyertai akhbar Sinar Harian. Walaupun akhbar juga melibatkan penulisan tetapi di situ saya lebih banyak mengurus. Setelah meninggalkan akhbar itu, saya menyertai Malakat Mall, juga dalam pasukan pengurusan perniagaan, bukannya penulisan.