Anwar santuni pengamal media pada Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri

Iklan
Anwar Ibrahim(tengah) bersama Fahmi Fadzil(kiri) menyampaikan sumbangan kepada Veteran Berita Harian Akmal Abdullah (kanan) ketika Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Pengamal Media di Angkasapuri pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyantuni pengamal media dalam Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pengamal Media di Angkasapuri, di sini.

Turut hadir Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.

Iklan
Iklan

Anwar yang tiba sekitar jam 6.45 petang dengan berpakaian baju Melayu bewarna biru cair, meluangkan masa menyantuni kira-kira 500 pengamal media yang hadir.

Pada majlis sama, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada sepuluh veteran media yang diuji dengan masalah kesihatan bagi membantu mereka membuat persiapan menjelang sambutan Aidilfitri.

Iklan

Selain wang tunai, penerima Tabung Kasih@HAWANA turut menerima hamper sumbangan Mydin.

Tabung Kasih@HAWANA yang diwujudkan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 adalah inisiatif Kementerian Komunikasi dan dikendalikan oleh Bernama, bertujuan menyantuni pengamal media.

Iklan

Pada majlis itu, Perdana Menteri juga meluangkan masa menyempurnakan pelancuran buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI terbitan Institut Integriti Malaysia.

Usai berbuka puasa, Anwar bersama hadirin menunaikan solat maghrib berjemaah di Masjid Muhammadi di Angkasapuri. - Bernama