PM tekankan kepentingan perkukuh dasar Islam dalam pendidikan
Iklan
Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penekanan terhadap kepentingan memperkukuh dasar Islam khususnya dalam pendidikan dan beberapa ikhtiar kerajaan untuk membina kekuatan dalaman umat Islam.
Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, perkara itu dinyatakan Perdana Menteri ketika meraikan kunjungan rombongan pondok dan madrasah dari Kelantan di Pejabat Perdana Menteri.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, kehadiran mereka adalah atas undangan Perdana Menteri sendiri, setelah rombongan tersebut menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya semalam.
"Perdana Menteri menghargai pandangan para tuan guru yang menyampaikan nasihat khususnya dalam soal pendidikan turath serta idea memperkasa peranan institusi pondok di Malaysia,” katanya pada taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia pada Selasa.
Iklan
"Selain (itu) titipan nasihat tuan guru terkait usaha memperteguh semangat memupuk kefahaman, kasih sayang, memadamkan kebencian dan sabar dalam gesaan agar penjelasan yang bersungguh-sungguh mengenai ikhtiar kerajaan Madani kepada rakyat mengenai Islam disampaikan,” katanya.
Tunku Nashrul berkata, Perdana Menteri dan agamawan yang turut serta dalam perbincangan itu juga bersetuju, bahawa banyak perkara boleh disepakati khususnya dalam isu Islam, berbanding membesarkan perbezaan pendapat atau pandangan.
Iklan
Beliau berkata, Perdana Menteri dalam perbincangan itu turut mengetengahkan perkembangan komunikasi dan kerjasama erat dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
"Perdana Menteri berharap pertemuan ini akan dapat diteruskan pada masa yang akan datang dan beliau amat mengalu-alukan wacana seperti ini.
"Buah fikiran dan nasihat para tuan guru yang dizahirkan dalam pertemuan ini amat dihargai beliau dan percaya ia disampaikan atas kepentingan maslahat umat dan negara,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>