Dua banduan liwat rakan sel dihukum penjara 6 tahun

Iklan
Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU - Dua banduan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan di Mahkamah Sesyen di sini kerana meliwat rakan sebilik mereka ketika menjalani hukuman penjara di Penjara Marang.

Kedua-dua tertuduh, Nik Afhan Hafih Nik Hasnusi, 21, dan Muhamad Luqman Hakim Mohd Rased, 21, masing-masing mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana meliwat yang dibacakan secara berasingan.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan bagi tertuduh, Nik Afhan Hafih didakwa meliwat mangsa berusia 20 tahun di dalam sel di Penjara Marang, jam 12.05 tengah malam pada 21 Disember tahun lalu.

Bagi tertuduh, Muhamad Luqman Hakim pula, dia didakwa meliwat mangsa yang sama di tempat yang sama, jam 12.10 tengah malam juga pada hari yang sama.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud di hadapan Hakim Rofiah Mohamad.

Mengikut fakta kes, pegawai penjara yang bertugas di pusat berkenaan menerima aduan kira-kira jam 8 pagi pada 21 Disember lalu daripada seorang tahanan yang dia diliwat dua tahanan (tertuduh).

Iklan

Mangsa yang merupakan banduan bagi kesalahan dadah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk pemeriksaan lanjut sebelum doktor mengesahkan ada kesan seperti benda tumpul dimasukkan ke dalam duburnya.