Gajah denak mengiringi gajah liar

Iklan
Gajah denak mengiringi gajah liar dalam operasi pemindahan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak di Kampung Orang Asli Talang, Pos Perwor, Sungai Siput, baru-baru ini.

Bagi penduduk kampung sekitar serta pengguna laluan ini, kelibat haiwan darat terbesar itu merayau di tepi jalan, memasuki kampung, dan menceroboh kebun bukan lagi sesuatu yang luar biasa.

Namun, kehadiran"abang besar" ini bukan sekadar mencuri perhatian, tetapi juga membawa ancaman-merosakkan tanaman dan harta benda, seperti yang dialami penduduk Kampung Bandariang dan Kampung Perah.

Di Kampung Tanjung Rimbun I dan II, pekebun berdepan kerugian besar apabila ratusan anak pokok getah musnah akibat pencerobohan"sang belalai."

Meskipun kerajaan menyediakan pampasan, jumlahnya jauh dari mencukupi untuk menampung modal yang hilang, menyebabkan ada yang akhirnya mengalah dan meninggalkan kebun yang sekian lama diusahakan.