JOHOR BAHRU - Seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan sebelum digilis lori di Kilometer 9, Lebuhraya Pasir Gudang menghala ke Perling di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.25 petang ketika pelajar lelaki berusia 23 tahun itu dalam perjalanan dari sebuah universiti swasta di Pasir Gudang menuju ke Iskandar Puteri.