Anta Permana jadi pilihan Raja Charles III, Siti Nurhaliza sekali lagi ukir sejarah

Iklan
Lagu Anta Permana nyanyian Biduanita Negara Siti Nurhaliza (kanan) menjadi antara pilihan Raja Charles III untuk dimasukkan dalam senarai ‘playlist’ peribadinya.

SHAH ALAM - Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila lagu nyanyiannya bertajuk Anta Permana, dipilih dalam senarai lagu peribadi Raja Britain, Raja Charles III.

Lagu tersebut menjadi sebahagian daripada program The King’s Music Room di Apple Music yang menghimpunkan karya daripada negara-negara Komanwel sebagai simbol meraikan kepelbagaian muzik seluruh dunia.

Iklan
Iklan

Lebih membanggakan, Siti Nurhaliza,46, tersenarai bersama bintang-bintang ternama seperti Beyonce, Bob Marley, Kylie Minogue dan Grace Jonas.

Penghormatan ini sekali gus mengangkat keunikan muzik Nusantara ke persada antarabangsa.

Iklan

Sementara itu, Anta Permana merupakan lagu yang diciptakan oleh Ezra Kong dan Hael Husaini serta diluncurkan pada tahun 2018.

Kini, nyanyian lagu berkenaan telah menjadi karya unggul dalam industri muzik tanah air.

Iklan

Selain itu, senarai lagu pilihan Raja Charles III menggambarkan selera muzik baginda yang luas merangkumi pelbagai era dan genre antaranya afrobeats, reggae serta pop kontemporari.

Rakaman The King’s Music Room yang berlangsung di Istana Buckingham memaparkan perjalanan muzik membentuk pengalaman serta memori peribadi baginda.

Tidak hanya itu, penghormatan tersebut juga jelas membanggakan peminat muzik tanah air yang tidak menyangka lagu Melayu mendapat tempat dalam pilihan peribadi Raja Britain.