PUCHONG - Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya melanggar belakang sebuah lori dalam kemalangan di Lebuhraya Damansara menghala Puchong, di sini pada Selasa.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 3.18 pagi.
Iklan
Iklan
"Seramai tujuh anggota serta pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 5.8 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori.
"Kita mendapati lelaki berusia 40-an telah tersepit dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dilakukan. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia," ujarnya.