JDT miliki kelebihan atasi Buriram di Iskandar Puteri - Kuljanac

Iklan
Pemain JDT giat menjalani latihan menjelang perlawanan timbal balik kedua Pusingan 16 ACLE menentang Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim, Selasa ini. Foto: JOHOR Southern Tigers. GAMBAR KECIL: Kuljanac

PENGENDALI Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Miroslav Kuljanac, yakin Johor Darul Ta'zim (JDT) mampu menundukkan wakil Thailand, Buriram United dalam perlawanan timbal balik kedua Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, Selasa ini.

Beliau membuat penilaian itu selepas kedua-dua jagoan ASEAN terikat tanpa jaringan dalam perlawanan pertama di Chang Arena pada 4 Mac lalu.

Iklan
Iklan

KL City FC sebelum ini pernah berdepan JDT (Liga Malaysia) dan Buriram United (Kejuaraan Kelab ASEAN), namun Kuljanac menegaskan perlawanan tersebut tidak boleh dijadikan perbandingan untuk perlawanan timbal balik kedua di Iskandar Puteri.

"Kedua-dua pasukan ini memiliki ramai pemain berkualiti apabila memasuki fasa kalah mati ini.

Iklan

"Selepas dua perlawanan, jurulatih pasti sudah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan lawan masing-masing. Jadi, tidak akan ada sebarang kejutan,” kata pengendali dari Croatia berusia 54 tahun itu.

Pada masa sama Kuljanac menitipkan pesanan kepada skuad Harimau Selatan kendalian Hector Bidoglio, untuk memberi perhatian kepada serangan dari bahagian sayap Buriram United bimbingan Osmar Loss tersebut.

Iklan

"Dalam fasa serangan, mereka (JDT) perlu menguasai bahagian tengah dan menggunakan aksi ciri khas mereka di kawasan akhir, serta kualiti individu pemain.

"Sekiranya semua ini dijelmakan pemain di padang, saya yakin mereka akan memenangi perlawanan ini,” katanya juga percaya Harimau Selatan itu akan memanfaatkan kelebihan sokongan padu penyokong Merah Biru di laman sendiri.