PESHAWAR - Seorang lelaki di Pakistan telah didakwa atas tuduhan membunuh selepas dipercayai menembak mati pentadbir kumpulan WhatsApp komuniti yang mengeluarkannya daripada grup berkenaan, kata pihak polis baru-baru ini.
Mushtaq Ahmed ditembak mati pada petang Khamis di Peshawar, ibu kota wilayah Khyber Pakhtunkhwa yang bersempadan dengan Afghanistan, kawasan yang mempunyai sejarah keganasan.