Korban Covid-19 di China meningkat 2,746 orang

Iklan
Pekerja perubatan memeriksa pesakit dengan terapi perubatan tradisional Cina (TCM) di sebuah hospital sementara di Daerah Jiangxia di Wuhan. Foto: Xinhua

BEIJING - Jumlah korban akibat Covid-19 di China meningkat kepada 2,746 orang, kata Suruhanjaya Kesihatan Negara hari ini.

Menurut suruhanjaya itu dalam tempoh 24 jam lalu, 29 orang meninggal dunia manakala 433 kes baharu dikesan, menjadikan jumlah kes disahkan melonjak kepada 78,497, lapor agensi berita Anadolu.

Iklan
Iklan

Sekitar 71,572 orang masih dirawat manakala jumlah yang dibenar keluar hospital seramai 32,495.

Di luar tanah besar China, terdapat 91 kes didaftarkan di Hong Kong dan 10 di Macau.

Iklan

Covid-19, telah merebak ke lebih 25 negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Perancis, Rusia, Sepanyol dan India.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai darurat kesihatan global.- Bernama

Iklan