Pakej umrah percuma, cabutan bertuah menanti jemaah solat tarawih

Iklan
Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai menawarkan pekej umrah percuma kepada jemaah yang tidak meninggalkan solat sunat tarawih sepanjang Ramadan ini.

TANAH MERAH - Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai di sini menawarkan pekej umrah percuma kepada jemaah yang tidak meninggalkan solat sunat tarawih sepanjang Ramadan ini.

Selain itu, 50 hadiah berupa barangan elektrik serta lain-lain turut menanti para jemaah yang mampu berbuat demikian.

Iklan
Iklan

Imam Tua, Amin Zainal Abidin berkata, jemaah yang menunaikan solat sunat tarawih lebih 20 hari sepanjang Ramadan berpeluang menyertai cabutan bertuah yang disediakan.

"Ini merupakan inisiatif kami untuk memberi semangat kepada orang ramai mengimarahkan masjid sepanjang bulan barakah ini.

Iklan

"Sesiapa sahaja boleh menyertai cabutan bertuah ini, asalkan solat sunat tarawih lebih 20 kali di sini," katanya kepada Sinar Harian.

Anak-anak kecil akan diawasi oleh sukarelawan khas dimana turut menyediakan aktiviti supaya kanak-kanak tidak kebosanan seperti mewarna, menulis dan sebagainya

Menurut beliau, dengan cara ini diharap orang ramai bukan sahaja hadir ke masjid untuk merebut peluang tersebut tetapi pada masa sama pahala yang berganda sepanjang bulan mulia ini.

Iklan

Sementara itu, bagi menggalakkan jemaah hadir ke masjid terutama ibu bapa yang mempunyai kekangan anak-anak kecil, Amin Zainal memberitahu, pihaknya menyediakan satu ruangan khas yang dikenali sebagai 'kids corner'.

Beliau berkata, ia telah diwujudkan sejak tiga tahun lalu selepas menerima banyak rungutan daripada jemaah yang terganggu dengan kehadiran kanak-kanak dibawah umur membuat bising sepanjang solat sunat tarawih dilaksanakan.

Masjid Saidina Osman Mukim Tepi Sungai, Tanah Merah menyediakan satu ruangan khas yang dikenali sebagai 'kids corner' bagi menggalakkan jemaah hadir ke masjid terutama ibu bapa yang mempunyai kekangan anak-anak kecil.

"Dengan cara ini, para jemaah boleh solat dengan tenang. Ibu bapa yang hadir bersama anak-anak juga tidak perlu bimbang.

"Di sini mereka akan diawasi oleh sukarelawan khas dimana turut menyediakan aktiviti supaya kanak-kanak tidak kebosanan seperti mewarna, menulis dan sebagainya," katanya.

Menurut beliau, bukan itu sahaja mereka juga akan menunaikan solat Isyak berjemaah terlebih dahulu dengan sukarelawan yang bertugas sebelum meneruskan dengan aktiviti yang disediakan.