Tun M tiba di Perdana Putra, riak wajah muram

Iklan
Riak wajah Dr Mahathir muram ketika memasuki pintu masuk utama bangunan Perdana Putra tadi.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di bangunan Perdana Putra jam 12.25 tengah hari tadi selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Riak wajahnya sedikit muram ketika pemberita merakamkan ketibaannya.

Iklan
Iklan

Sebelum itu, kenderaan rasmi Dr Mahathir dilihat memasuki Istana Negara melalui Pintu 1 istana pada jam 10.55 pagi.

Media masih cuba mendapatkan pengesahan berhubung tujuan kehadiran Dr Mahathir di Istana Negara namun dipercayai bagi membincangkan mengenai jawatan Perdana Menteri ke-8 selepas beliau meletakkan jawatan Isnin lalu.

Iklan

Semalam, Dr Mahathir melalui perutusan khas yang disiarkan secara langsung memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik negara yang agak kucar-kacir dan mungkin menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Saya mohon maaf’ – Tun M

Iklan

[VIDEO] Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri

Dr Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri interim

Dr Mahathir mahu bentuk kerajaan tanpa parti politik