LHDN kutip hasil cukai tertinggi RM184.8 bilion - Anwar
Iklan
Anwar (tengah) menjawab pertanyaan media pada Majlis Sambutan Hari Hasil Ke-29 Tahun 2025 di Menara HASiL Cyberjaya hari ini. Foto Bernama
CYBERJAYA - [DIKEMAS KINI] Sejumlah RM184.805 bilion hasil cukai berjaya dikutip Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada tahun lalu berbanding tahun sebelumnya, RM183.3 bilion.
Berucap di Majlis Sambutan Hari Hasil ke-29, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan kutipan hasil negara sebanyak RM1.465 bilion itu menyaksikan kecekapan LHDN dalam memastikan setiap warganegara memenuhi tanggungjawab membayar cukai tanpa terkecuali.
Iklan
Iklan
Menurutnya, LHDN membuktikan komitmennya untuk tidak memberi ruang kepada mana-mana pihak, terutama peringkat atasan dan golongan mahakaya untuk terlepas daripada membayar cukai.
"Ini mungkin julung-julung kali berlaku di mana tokoh-tokoh korporat utama memenuhi tanggungjawab mereka membayar hasil sehingga tiada mana-mana pihak merayu kepada saya," katanya pada Isnin.
Iklan
Ujar beliau, selaku Menteri Kewangan, tidak pernah menggunakan kuasanya terhadap Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin, untuk mengurangkan tekanan terhadap mana-mana pihak atau memilih bulu dalam melaksanakan tugas.
"Kalau umpamanya Tun dan Tan Sri, mereka akan terus menghubungi pegawai atasan dan orang yang mempunyai tanggungjawab itu mendapat tekanan," katanya.
Iklan
Anwar berkata, Malaysia merupakan antara negara yang banyak memberi pelepasan cukai khususnya kepada golongan B40 dan M40 dengan pertimbangan seperti kos sara hidup, pendidikan dan kesihatan.
Ujar beliau, hanya 15 peratus rakyat dikenakan cukai.
"Cukai tidak seharusnya terlalu tinggi sehingga membebankan rakyat kerana jika berlebihan, ia boleh mengurangkan produktiviti dan menyebabkan orang mencari jalan untuk mengelak daripada membayar cukai.
"Siapa yang harus membayar cukai? Jawapannya ialah mereka yang berkemampuan dan mempunyai pendapatan yang lebih tinggi," katanya.
Dalam pada itu, Anwar optimis LHDN mampu mengutip hasil cukai yang lebih tinggi pada tahun ini.
"Saya optimis dan bangga dengan prestasi Hasil dalam dua tahun terakhir. Saya rasa ia lebih teratur, lebih tersusun dan instrumen baharu telah diperkenalkan seperti e-invois yang telah banyak membantu.
"Saya percaya jika kita dapat mengekalkan satu standard dan disiplin, kita akan dapat mencapai kejayaan yang lebih baik," katanya.
Semua ahli Parlimen termasuk Menteri Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk menyatakan pendirian secara terbuka mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal didakwa membabitkan ‘mafia korporat’ yang turut dikaitkan dengan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Gesaan itu dibuat lima Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen (Subang), Hassan Karim (Pasir Gudang), S Kesavan (Sungai Siput), Rodziah Ismail (Ampang) dan Lee Chean Chung (Petaling) Jaya dalam satu sidang akhbar bersama di Parlimen, Kuala Lumpur pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785942/berita/nasional/rci-skandal-mafia-korporat-lima-ahli-parlimen-pkr-tuntut-pm-menteri-nyata-pendirian
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.