Arteta tinggalkan temu bual, enggan jawab peluang juara EPL

Iklan
Arteta Foto AFP

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta bertindak meninggalkan sesi temu bual bersama Sky Sports selepas perlawanan apabila diajukan soalan mengenai cabaran pasukannya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Insiden itu berlaku selepas Arsenal sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Manchester United di Old Trafford.

Iklan
Iklan

Keputusan itu menyaksikan The Gunners kini ketinggalan 15 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool.

Dalam perlawanan tersebut, Arsenal mendominasi babak pertama tetapi gagal menjaringkan gol sebaliknya, United berjaya memperoleh gol menerusi sepakan percuma Bruno Fernandes.

Iklan

Arsenal kemudian menyamakan kedudukan hasil jaringan Declan Rice, namun gagal menambah jaringan walaupun sebelum itu cukup tajam dalam kemenangan besar 7-1 ke atas PSV Eindhoven dalam saingan Liga Juara-Juara baru-baru ini.

Malah, Arsenal kini dilihat ketinggalan berbanding pesaing utama seperti Liverpool, Tottenham, Manchester City, dan Chelsea dari segi jumlah jaringan dalam liga.

Iklan

Semasa sesi temu bual bersama Sky Sports, Arteta kelihatan kurang senang apabila wartawan, Patrick Davison, mengajukan soalan mengenai kelemahan di bahagian serangan.

"Tidak. Ini bukan tentang itu," jawab Arteta sebelum mula melangkah pergi.

Davison cuba meneruskan temu bual dengan bertanya mengenai peluang Arsenal dalam perebutan gelaran selepas perbezaan mata semakin jauh.

"Mikel, satu soalan lagi? Saya perlu tanya mengenai perlumbaan kejuaraan kerana kini jurang sudah 15 mata," kata Davison.

Bagaimanapun, Arteta hanya menjawab"tidak" sambil terus berjalan pergi. Wartawan itu masih mencuba dengan bertanya,"Adakah ia terlalu jauh untuk dikejar?", tetapi Arteta hanya membalas ringkas,"Terima kasih," sebelum mengakhiri sesi temu bual tersebut.