Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT

Iklan
Power bank yang terbakar mengakibatkan Asap memenuhi geranak MRT di stesen Raffles Place. Foto kanan: Chen menunjukkan tangannya yang hitam selepas power bank di dalam begnya terbakar.

SINGAPURA - Sebuah alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' milik seorang wanita meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di sini.

Menerusi laporan CNA, kejadian yang berlaku pada jam 5.30 petang, Jumaat lalu di stesen Raffles Place itu mengakibatkan tangan pemiliknya melecur.

Iklan
Iklan

Dalam catatan di media sosial Xiaohongshu, wanita yang dikenali sebagai Chen berkata, letupan tersebut turut menyebabkan tangannya menjadi hitam.

"Gerabak MRT dipenuhi asap selepas 'power bank' terbakar dengan sendiri di dalam beg.

Iklan

"Kejadian itu mengejutkan ramai penumpang apabila asap tebal memenuhi gerabak,” katanya.

Sejurus pintu gerabak MRT itu dibuka, semua penumpang keluar dalam keadaan panik manakala wanita tersebut mencampakkan begnya sebelum melarikan diri.

Iklan

Kakitangan stesen bertindak pantas dengan memindahkan penumpang dan membuat pengumuman kecemasan bagi memaklumkan penumpang berhubung kejadian itu.

Beg dan pengecas bateri itu kemudian diambil oleh pihak stesen MRT berkenaan untuk pemeriksaan lanjut. - Agensi