Misteri sekampung hadap bau bangkai akhirnya terungkai

Iklan
Mayat dua beranak itu ditemui di dalam tangki air di rumah mereka. Foto Agensi

TAMBORA - Misteri bau busuk yang menghantui penduduk sebuah perkampungan di Tambora, Jakarta Barat di Indonesia akhirnya terjawab apabila mayat dua beranak ditemui di dalam tangki air, Khamis lalu.

Mangsa dikenali sebagai TSL, 59, dan anaknya, ES, 35, dilaporkan hilang selama seminggu sebelum penemuan mengejutkan itu.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, penduduk mula berasa curiga apabila bau busuk semakin menyengat di sekitar kediaman mangsa.

Susulan itu, pemeriksaan dilakukan sebelum menemui jasad kedua-duanya yang sudah mereput di dalam tangki air.

Iklan

Hasil siasatan awal mendapati terdapat kesan luka pada tubuh mereka, menimbulkan kemungkinan mereka menjadi mangsa pembunuhan.

Jiran tetangga bagaimanapun tidak mendengar sebarang insiden pergaduhan atau jeritan sebelum kejadian berlaku.

Iklan

Seorang saksi, Sripriyanty berkata, mereka pada awalnya menyangka mangsa keluar ke luar kota kerana tiada sebarang berita mengenai mereka.

Mayat kedua-duanya telah dihantar ke Rumah Sakit Polri Kramat Jati untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. - Agensi