AIR jagung Gopi yang dijual bekas pemain bola sepak kebangsaan Mohammad Gopi Rizqi, 36, di hadapan rumahnya di Kampung Api-Api di sini, sempena bulan Ramadan ini ‘laku keras’ selepas terjual lebih 150 bungkus setiap hari.
Pemain Sri Pahang FC itu berkata, beliau pada mulanya sekadar mencuba-cuba untuk menjual air balang termasuk air jagung dan air mata kucing selepas tidak bermain bola sepak pada Ramadan tahun ini kerana Liga M3 musim 2024 sampai ke penghujungnya.
Beliau berkata, pada hari pertama, jualan bagi kedua-dua air balang itu hanya laku sekitar 30 bungkus, namun setelah kisahnya menjual air balang viral di media sosial, beliau kini tidak menang tangan.
"Alhamdulillah... Rezeki itu ada, pada mulanya menjual air balang ini hanyalah untuk mengisi masa lapang ketika Ramadan dan mencari ‘duit poket’ untuk Aidilfitri tetapi setelah sambutan menggalakkan, saya akan fikirkan untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan selepas raya nanti.
"Saya juga cukup terkejut apabila ada peminat yang datang dari jauh untuk membeli air balang... Kini, saya bukan sahaja sibuk membungkus air tetapi perlu melayan dan bergambar bersama mereka,” katanya ketika ditemui Bernama.

Air jagung Gopi yang dijual bekas pemain bola sepak kebangsaan Mohammad Gopi Rizqi, 36, di hadapan rumahnya di Kampung Api-Api di sini, sempena bulan Ramadan ini ‘laku keras’ selepas terjual lebih 150 bungkus setiap hari. Foto Bernama