KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar hari ini mempelawa orang ramai hadir ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, esok.
Menerusi catatan di Facebook, beliau berkata, majlis anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama 13 agensi Hal Ehwal Agama Islam itu akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya mulai jam 5.30 petang hingga 8 malam.