Gagal memotong, lelaki Pakistan maut kereta bertembung treler

Iklan
Keadaan kereta remuk selepas bertembung dengan treler.

KOTA TINGGI – Seorang lelaki warga Pakistan maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 67.5, Jalan Johor Bahru hala Mersing, pada Sabtu malam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, siasatan mendapati mangsa, 22, memandu Proton Iswara dari arah Mersing ke Kota Tinggi sebelum cuba memotong kenderaan lain.

Iklan
Iklan

"Ketika memotong, kereta mangsa bertembung secara berdepan dengan treler dari arah bertentangan.

"Akibat perlanggaran itu, mangsa tersepit dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Keadaan treler remuk.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

Iklan

Bagaimanapun, ujarnya, pemandu treler berusia 57 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun, denda RM20,000 hingga RM50,000 serta hilang kelayakan memegang lesen memandu sekurang-kurangnya lima tahun jika disabitkan kesalahan.

"Orang ramai diingatkan supaya lebih berhati-hati di jalan raya dan sentiasa mematuhi peraturan, terutama ketika memotong kenderaan lain," tambahnya.