Peniaga bazar Ramadan dinasihat pamer tanda harga dengan jelas

Iklan
Muhammad Zahir (tengah) menyerahkan kad khas diskaun Rahmah kepada peniaga bazar Ramadan yang menawarkan menu Rahmah.

PORT DICKSON - Peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri dinasihatkan supaya mempamerkan tanda harga dengan jelas bagi mengelak kekeliruan pengguna.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, pihaknya menerima banyak aduan tahun lalu berhubung perkara itu di bazar Aidilfitri.

Iklan
Iklan

"Pamerkanlah tanda harga yang betul, yang tidak mengelirukan pengguna dan letakkan tanda harga pada tempat yang boleh dilihat serta gunakanlah alat timbang sukat yang telah ditentusahkan," katanya kepada pemberita selepas Op Pemantauan Bazar Ramadan Rahmah di bazar Ramadan Politeknik Port Dickson di sini pada Sabtu.

Menurutnya, ada juga yang dikesan membuat iklan dan promosi mengelirukan.

Iklan

Sebagai contohnya jelas beliau, ada yang menulis harga RM10 sekilogram, tetapi apabila dilihat lebih dekat, ia sebenarnya dijual RM10 setengah kilogram

Selain itu katanya, bagi tempoh Januari hingga Sabtu, pihaknya merekodkan 310 aduan di seluruh negeri termasuk membabitkan harga iaitu 107 kes, transaksi dalam talian (55), barang kawalan (40), perkhidmatan mengelirukan (28), timbang dan sukat (2), iklan mengelirukan (19) dan jualan langsung (4).

Muhammad Zahir melawat gerai peniaga bazar Ramadan yang menawarkan menu Rahmah.

Iklan

Dalam pada itu, Muhammad Zahir berkata, tiga bazar Ramadan di negeri ini terpilih sebagai Bazar Ramadan Rahmah (BRR) iaitu bazar di Politeknik Port Dickson, Stadium Tampin dan Batu Kikir.

Beliau berkata, menerusi BRR itu, peniaga yang menyertai Jualan Rahmah akan menjual makanan lebih murah iaitu 10 hingga 30 peratus daripada harga pasaran.

"Setakat hari ini hampir 60 peniaga berdaftar dengan kita dan bersetuju untuk menjual menu Rahmah, kita harap jumlah tersebut akan terus meningkat.

"Pelbagai insentif tanpa tunai diterima jika peniaga terlibat dgn jualan menu Rahmah ini antaranya e-dompet berjumlah RM100, RM20 kepada pengunjung yang datang ke BRR dan kad khas diskaun untuk peniaga bagi pembelian barang mentah untuk urusan niaga," katanya.