PENDAHULU Liverpool terus mengganas dalam perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris apabila membenam Southampton 3-1 di Anfield, pada Sabtu.
Mohamed Salah meledak dua gol, disusuli jaringan Darwin Nunez, melebarkan jurang kelebihan 16 mata di puncak liga.
Skuad kendalian Arne Slot kini mengumpul 70 mata, meninggalkan Arsenal di tangga kedua dengan 54 mata (dua perlawanan kurang).
Bagaimanapun Liverpool terlebih dulu dikejutkan dengan gol pembukaan Southampton menerusi Will Small bone minit ke-46, memanfaatkan kesilapan komunikasi antara Alisson dan Virgil van Dijk.
Namun, The Reds bangkit langkah juara separuh masa kedua apabila Nunez menyamakan kedudukan minit ke-51 disusuli sepakan penalti Salah (m-54).
Salah kemudian melengkapkan malam gemilangnya dengan gol penalti kedua minit ke-88, gol ke-27 liga musim ini, selepas bola terkena tangan Yukinari Sugawara.
Kemenangan ini memperkukuhkan cengkaman Liverpool di puncak liga, memberi tekanan hebat kepada pesaing terdekat mereka, Arsenal kelab dari London bimbingan Mikel Arteta.
LIGA PERDANA INGGERIS
Keputusan
Liverpool 3-1 Southampton
Nottingham Forest 1-0 Manchester City
Crystal Palace 1-0 Ipswich Town
Brentford 0-1 Aston Villa
Wolverhampton 1-1 Everton