Bayang-bayang Nazi di Jerman
Iklan
80 tahun selepas Jerman tewas dan ideologi puak kanan pelampau diharamkan terdapat petanda jelas bahawa ideologi politik pernah dianuti Nazi kembali membayangi politik arus perdana Jerman. Gambar hiasan
POLITIK adalah satu kitaran. Pada suatu masa, sebuah parti politik atau gabungan parti politik berkemungkinan menjadi kerajaan. Pada waktu lain, mereka boleh menjadi pembangkang.
Malah anutan atau ideologi politik arus perdana pernah diharamkan kerana dianggap melampau juga boleh diterima kembali dalam kalangan generasi berbeza, berpuluh-puluh tahun kemudian.