Zii Jia akur perjalanan di Orleans Masters terhenti

Iklan
Perjalanan Zii Jia di Orleans Masters dihentikan Nhat Nguyen.

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengakui masih dalam proses pemulihan selepas berehat akibat kecederaan sejak Disember lalu.

Impiannya untuk mara lebih jauh di Orleans Masters terkandas di pusingan kedua, namun pemain kelahiran Alor Setar, Kedah tetap positif dan berterima kasih atas sokongan semua.

Iklan
Iklan

"Proses pemulihan sedang dijalankan selepas lama berehat.

"Terima kasih Orleans Masters 2025. Seterusnya, kita teruskan perjuangan," tulis Zii Jia di media sosialnya.

Iklan

Kekalahan ini pastinya memberi tamparan hebat buat Zii Jia, yang berstatus pilihan pertama kejohanan Super 300 tersebut.

Namun, beliau memilih untuk melihatnya sebagai sebahagian daripada proses untuk kembali ke prestasi terbaiknya.

Iklan

Zii Jia yang menyasarkan untuk memanaskan badan di Orléans sebelum ke Seluruh England minggu depan, gagal menandingi permainan agresif lawannya, Nhat Nguyen dari Ireland.

Beliau tewas straight set 21-23, 7-21 dalam tempoh 39 minit yang mengecewakan.

Walaupun kecewa, Zii Jia tetap optimis dan bertekad untuk bangkit semula dalam kejuaraan berstatus Super 1000 di Birmingham itu.