Arsenal mahu bawa momentum belasah PSV ketika berdepan United

Iklan
Arteta (kiri) mahu memastikan kemenangan ke atas United dalam aksi EPL pada Isnin. - Foto AFP

ARSENAL mahu meneruskan rentak cemerlang mereka selepas membelasah PSV Eindhoven 7-1 dalam saingan Liga Juara-Juara, menjelang pertemuan getir menentang Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford pada Isnin.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta, mengakui bahawa kemenangan besar itu telah meningkatkan semangat pasukan, namun menegaskan bahawa fokus kini harus diberikan kepada persiapan perlawanan seterusnya di Old Trafford.

Iklan
Iklan

"Ia merupakan satu malam yang hebat bagi kami dalam pertandingan yang sangat penting. Cara kami memperoleh kemenangan itu memberikan semangat kepada semua, tetapi sayangnya, ia sudah menjadi sejarah.

"Kini, kami perlu menumpukan kepada persiapan perlawanan seterusnya dan cuba mengulangi aksi terbaik kami," katanya.

Iklan

Arteta turut menegaskan mahu melihat ancaman serangan daripada setiap posisi, bukan hanya bergantung kepada barisan penyerang.

"Kami perlu mencari ancaman dari semua posisi. Kami kehilangan beberapa pemain sayap utama yang banyak membantu di kawasan serangan, jadi kami perlu meneroka pilihan lain.

Iklan

"Pasukan ini memiliki keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan ramai pemain yang berkualiti. Kami mahu mereka memahami bila dan kenapa perlu bergerak ke posisi tertentu," katanya.