Semua kata tiada kaitan
Iklan
Laporan muka hadapan Sinar Harian mengenai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang disiasat kes rasuah dan penggubahan wang haram.
DALAM kes Bossku Tuk Seri Najib seluruh pimpinan UMNO berada di belakangnya apabila dia disiasat, didakwa dan dijatuhi hukuman oleh mahkamah. Sampai hari ini pun banyak orang UMNO percaya Bossku tak bersalah.
Begitu juga bila Tuk Seri Muhyiddin didakwa di mahkamah, bukan main lantang orang Bersatu pertahankan dia. Tapi dalam kes Tuk Seri Ismail Sabri, sepi sesepinya. Kalau ada yang bersuara pun minta keadilan dalam siasatan.