Akta Perkhidmatan Parlimen
Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 bagi membolehkan kerajaan mengembalikan dan menguatkuasakan semula Akta Perkhidmatan Parlimen diluluskan di Dewan Rakyat.
RABU lalu Dewan Rakyat meluluskan Akta Perkhidmatan Parlimen selepas 33 tahun ia dimansuhkan. Akta ini bertujuan untuk mengembalikan autonomi Parlimen dalam urusan pentadbiran, perkhidmatan, dan kewangan, yang sebelum ini diletakkan di bawah kawalan eksekutif sejak tahun 1992.
Pelaksanaan semula akta ini membawa implikasi besar kepada sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. Walaupun begitu, ramai yang masih tidak tahu secara umum apakah Akta Perkhidmatan Parlimen tersebut.