Kay’s Steak & Lobster raikan 30 pesakit talasemia sempena Ramadan

Iklan
Aizuddin (tengah) menyerahkan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada Irham (dua dari kiri) dalam Majlis CSR Ramadan Kay's Steak & Lobster, di Subang Jaya, Selangor pada Khamis.

SUBANG JAYA - Kay’s Steak & Lobster meraikan seramai 30 pesakit talasemia menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersempena Ramadan tahun ini.

Menurut pemilik merangkap Pengarah Urusan, Aizuddin Khalid, program tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai penyakit berkenaan.

Iklan
Iklan

Beliau yang turut menghidap talasemia berkata, inisiatif ini penting untuk menyuntik semangat dalam kalangan pesakit agar mereka dapat meneruskan kehidupan seperti insan lain.

"Inisiatif ini adalah tanda penghargaan kami kepada mereka dan saya berharap pesakit talasemia akan terus bersemangat melawan penyakit ini.

Iklan

"Pada masa sama, saya ingin maklumkan bahawa saya sendiri merupakan pesakit talasemia, malah kami juga mengambil pesakit talasemia sebagai pekerja.

"Menghidap penyakit ini tidak menghalang kita untuk menjalani kehidupan seperti orang lain, termasuk mencari rezeki dan berbakti kepada masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis tanggungjawab sosial korporat (CSR) Ramadan Kay's Steak & Lobster, di sini, pada Khamis.

Iklan

Turut hadir, Presiden Persatuan Thalasemia Malaysia (TAM), Irham Hakimi Mohd Hamdan, serta ahli jawatankuasa TAM.

Majlis tersebut turut menyumbangkan sejumlah wang tunai kepada tabung TAM sebagai sebahagian daripada usaha membantu pesakit talasemia di negara ini.