Dikurniakan gelaran Datuk, suntik semangat tingkat perkhidmatan kepada rakyat - Fahmi

Iklan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk kepada Fahmi di Balairung Seri, Istana Negara, pada Jumaat. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang diterimanya pada Jumaat sebagai suntikan semangat untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Beliau yang menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas perkenan mengurniakan darjah kebesaran itu sempena Hari Wilayah Persekutuan berkata, penganugerahan tersebut turut memberi dorongan kepadanya untuk meningkatkan produktiviti Kementerian Komunikasi.

Iklan
Iklan

"Saya bersyukur dan menjunjung kasih atas perkenan Tuanku mengurniakan darjah kebesaran ini. Insya-Allah, ia akan memberikan lebih semangat kepada saya dan pasukan untuk terus berkhidmat serta berusaha meningkatkan produktivit kementerian,” katanya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2025 yang berlangsung di Istana Negara, di sini hari ini.

Iklan

Terdahulu, Fahmi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa merupakan antara 32 individu yang dianugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025. - Bernama

Iklan