Festival Mega Raya Bangi 2025 tiada kelulusan jual juadah Ramadan

Iklan
Tangkap layar video tular memaparkan peniaga tidak dapat meneruskan jualan juadah Ramadan berikutan khemah di festival telah ditutup.

BANGI - Penutupan gerai menjual juadah Ramadan membabitkan penjualan makanan dan minuman di Festival Mega Raya Bangi 2025 di Bandar Baru Bangi, di sini, dibuat berikutan tiada sebarang permohonan diterima serta kelulusan dikeluarkan.

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) memaklumkan, sebaliknya permohonan penganjuran hanya melibatkan festival raya bagi jualan barangan am dan keperluan hari raya.

Iklan
Iklan

"Selain itu, MPKj juga masih belum menerima sebarang bayaran permit perniagaan sementara bagi aktiviti tersebut daripada pihak penganjur seperti mana yang tular.

"Khemah-khemah tersebut dibuka sendiri oleh pihak penganjur dan bukan dilaksanakan oleh MPKj.

Iklan

"Peniaga-peniaga yang terlibat juga telah ditawarkan untuk berpindah ke lokasi-lokasi gerai juadah Ramadan berhampiran seperti yang telah dimaklumkan kepada pihak penganjur," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, tular satu rakaman video durasi dua minit 23 saat di media sosial memaparkan seorang peniaga mendakwa ditindas pihak berkuasa tempatan (PBT) itu apabila khemah di festival ditutup tanpa sebarang notis awal.

Iklan

Menerusi video terbabit, wanita berkenaan berang kerana tidak dapat meneruskan perniagaannya berikutan telah membuat persiapan penuh.