Liga Europa: Manchester United diikat Real Sociedad
Iklan
Zirkzee letak United memimpin perlawanan di San Sebastian. Foto Agensi
JOSHUA Zirkzee menjaringkan gol Eropah pertamanya untuk Manchester United, namun The Red Devils terpaksa berpuas hati keputusan seri 1-1 menentang Real Sociedad di San Sebastian, Sepanyol.
Keputusan seri di Reale Arena itu menjadikan aksi pusingan 16 Liga Europa ini masih terbuka luas dengan perlawanan di Old Trafford menjadi medan penentuan pasukan paling layak pusingan seterusnya.
Iklan
Iklan
Penyerang Belanda, Zirkzee, meletakkan anak buah Ruben Amorim di hadapan pada minit ke-57 dengan rembatan rendah dari luar kotak penalti, menewaskan penjaga gol tuan rumah, Alex Remiro.
Namun, Real Sociedad menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Mikel Oyarzabal minit ke-70, yang diberikan selepas semakan video bantuan pengadil (VAR).
Iklan
Manchester United mendominasi perlawanan di laman anak buah Imanol Alguacil selama hampir sejam, namun gagal meraih kemenangan.
Penjaga gol United, Andre Onana juga tidak diuji sepanjang tempoh aksi sebelum tuan rumah diberikan sepakan penalti.
Iklan
Di babak pertama, kapten United, Bruno Fernandes hampir menjaringkan gol, namun percubaannya berjaya dikeluarkan dari garisan gol oleh Aritz Elustondo.
"Ada perkara yang sukar dijelaskan. Kadang-kadang, ia berkaitan dengan tuah," kata Amorim.
Keputusan seri ini meletakkan kedua-dua pasukan dalam kedudukan yang sama rata menjelang perlawanan timbal balik di Old Trafford pada 14 Mac.
United perlu mempamerkan aksi yang lebih klinikal di hadapan gol jika ingin mara ke peringkat seterusnya.
LIGA EUROPA
PUSINGAN 16
PERLAWANAN PERTAMA
Real Sociedad 1-1 Manchester United
FC Setua Bucharest 1-3 Lyon
Fenerbahce 1-3 Rangers
AZ Alkmaar 1-0 Tottenham Hotspur
Viktoria Plazen 1-2 Lazio
Bodo/Glimt 3-0 Olympiakos
Ajax Amsterdam 1-2 Eintracht Frankfurt
AS Roma 2-1 Athletic Bilbao
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>