Berakhirnya projek kereta Apple
Iklan
Pada Ogos 2018, BBC pula melaporkan Apple mempunyai 66 kereta tanpa pemandu berdaftar di jalan raya dengan 111 berdaftar untuk mengendalikan kereta tersebut. Foto hiasan
AKHIR Mac tahun lalu, penulis menulis tentang kejayaan Xiaomi - pengeluar telefon menghasilkan kereta pintar berkuasa motor elektrik pertama digelar SU7 (Speed Ultra 7).
Penulis menerima banyak maklum balas rentetan penerbitan artikel itu. Antara yang mencuit hati ialah satu soalan ringkas daripada sahabat lama bertanya kenapa Apple – gergasi konglomerat Amerika Syarikat (AS) tidak hasilkan kereta pintar seperti Xiaomi.