KUALA LUMPUR - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) pada Khamis mengumumkan kejayaan penyempurnaan Loji Rawatan Air (LRA) Kembar Digital Pertama Malaysia di LRA Semenyih 2.
Air Selangor dalam kenyataan memaklumkan projek dengan kerjasama Schneider Electric itu membolehkan pengendalian automatik bagi semua proses standard termasuk pembukaan dan penutupan.